Masjid dibina oleh Kesedar pada tahun 1983.Masjid ini telah diluluskan untuk diguna sebagai tempat solat jumaat bagi penduduk Chalil pada tahun 1985. Masjid ini dibina untuk mengantikan surau yang kecil.
BINAAN
Binaan masjid berbentuk segiempat tepat dan mempunyai menara kecil untuk meletakkan pembesar suara. Masjid ini pada asalnya dibina dari kayu keseluruhannya kemudian dibaikpulih menggunakn lantai bersimen dan bermozek.
KEMUDAHAN
Masjid mengadakan kelas mengaji Al-quran, kuliah agama dan fardhu ain. Selain itu masjid mempunyai ruang parking untuk kereta dan motosikal dan mempunyai kemudahan seperti tandas dan tempat berwuduk..