MASJID MUKIM BATU PAPAN

DAERAH GALAS, 18300 GUA MUSANG, KELANTAN.
KELANTAN
0308029
30/11/-0001

SEJARAH

Masjid Kampung Batu Papan telah dibina pada tahun 2000 dengan kos pembinaan berjumlah Rm 140000.00 yang dapat menampung jemaah lebih kurang 400 orang dan pada tahun 2004, masjid kampung Batu Papan telah dirasmikan oleh ke Bawah Duli Yang Amat Mulia Al-Sultan Kelantan dan bersempena perasmian tersebut masjid kampong Batu Papan diberi nama” Masjid Ar-Rahman pada tahun 200.Masjid ini telah diiktiraf sebagai masjid yang memboleh penduduk kampong setempat mengerjakan solat jumaat.

BINAAN

Binaan masjid berbentuk segiempat tepat dan tidak mempunyai kubah. Masjid ini mempunyai satu menara kecil. Pintu masuk ke ruang solat menggunakan kaca,”sliding door”. Terdapat juga tulisan khat,ayat ayat suci Al-quran menghiasi dinding di ruang solat utama masjid ini.

KEMUDAHAN

Masjid dijadikan tempat untuk menghebahkan maklumat penting untuk orang kampong setempat. Masjid juga menyediakan tempat parking motor berbumbung dan parking kereta lebih 30 buah kereta dalam satu masa.

PETA