Senibina masjid ini mempunyai satu kubah besar bersegi lapan. Mempunyai bumbung ‘prabung lima’ dan ruang solat bertiang dan permaidani dan ruang tambahan yang berlantaikan batu marmar.Pada dinding masjid ini mempunyai sisip angin di sekililing dinding ruang solat utama yang dapat melancarkan ruang perudaraan masjid ini.
KEMUDAHAN
Masjid ini mempunyai laluan pejalan kaki berbumbung ke ruang solat dari tandas dan tempat wuduk. Mempunyai tempat parking berbumbung di kiri pintu menara masjid. Masjid ini juga dilengkapi pejabat bilik imam dan mempunyai tempat parking yang boleh memuatkan lebih 20 buah kenderaan. Masjid juga mempunyai bilik bacaan di belakang bangunan masjid.