Masjid ini dibina pada tahun 1978 oleh pihak Kesedar.Masjid telah beberapa kali dinaiktarafkan seperti menggantikan penggunaan kayu dengan simen dan masjid ini juga telah dibesarkan ruang solatnya untuk memuatkan lebih ramai jemaah.
BINAAN
Binaan masjid ini berbentuk segiempat dan tidak mempunyai kubah. Masjid ini mempunyai sebuah menara kecil untuk diletakkan pembesar suara. Bahan asas binaan sebahagian besarnya menggunakan kayu kemudian dinaiktaraf menggunakan dinding dan lantai bersimen dan bermozek.Masjid ini juga berbentuk segi empat pada asas binaannya.
KEMUDAHAN
Kemudahan yang terdapat di masjid ini ialah sebagai tandas,tempat wuduk lelaki dan perempuan juga disediakan di masjid ini.Tempat parking berbumbung turut disediakan di masjid ini hanya untuk motosikal dan kereta. Masjid ini juga mempunyai dewan makan dan sering mengadakan kelas fardhu ain, kelas pasti yang diuruskan pusat asuhan tunas islam dan kuliah agama setiap malam.