Masjid dibina oleh Pejabat Tanah Jajahan Gua Musang dalam anggaran kos pembinaan Rm 30 000.00 pada tahun 1992. Masjid ini dibina untuk kemudahan penduduk Pasir Tumbuh untuk solat berjemaah. Masjid ini dibina menggantikan madrasah untuk solat jumaat setelah mendapat kelulusan Majlis Agama Kelantan.
BINAAN
Binaan masjid ini berbentuk segi empat dan tidak mempunyai kubah dan mempunyai sebuah menara kecil. Terdapat kalimah Allah dan Muhammad di dinding depan ruang solat.
.
KEMUDAHAN
Masjid menyediakan peralatan kenduri seperti kawah, pinggan, meja untuk kegunaan penduduk setempat. masjid mempunyai tempat wuduk dan ruang solat bagi lelaki dan perempuan .Masjid ini juga mempunyai tempat parking motor dan kereta berbumbung dan terbuka yang dapat memuatkan 20 buah kereta dalam satu masa.