MASJID MUKIM PERASU

18300 GUA MUSANG, KELANTAN.
KELANTAN
0308011
30/11/-0001

SEJARAH

Masjid ini dibina oleh Felda Perasu pada tahun 1986, masjid ini telah dirasmikan oleh YAB Tengku Razali Hamzah. Selain itu,ia juga menjadi tempat persinggahan baginda AL-Sultan Kelantan untuk solat jumaat.

BINAAN

Masjid ini berbentuk segiempat tidak berkubah, dan tidak mempunyai menara.Terdapat ruang solat utama di bahagian dalam masjid ini.

KEMUDAHAN

Masjid mengadakan kelas fardu ain dan kuliah agama untuk meningkatkan ilmu agama dalam kalangan masyarakat.Masjid ini juga mempunyai tempat wuduk dan ruang parking yang berbumbung dan terdapat juga ruang parking yang tidak berbumbung.Ruang parking yang tidak berbumbung boleh memuatkan 40 buah kereta dalam satu masa.

PETA