Masjid ini mempunyai satu kubah besar bersegi lapan. Mempunyai bumbung ‘prabung lima’ dan ruang solat bertiang dan permaidani. Dinding masjid ini juga mempunyai sisip angin di sekeliling dinding ruang solat utama. Terdapat juga ruang solat yang mempunyai permaidani yang bewarna biru dan ruang solat tambahan yang diperbuat dari batu marmar.
KEMUDAHAN
Masjid ini mempunyai sudut taman dan parking berbumbung di kiri masjid. Mempunyai bilik imam dan bilal serta pejabat untuk kemudahan ahli masjid.Mempunyai parking terbuka yang boleh memuatkan 30 buah kenderaan dan mempunyai van jenazah. Masjid ini mempunyai wakaf dan laluan pejalan kaki berbumbung ke tandas dan dilengkapi dengan kemudahan tandas