Masjid ini mempunyai satu menara dan satu kubah.Di dalam masjid ini terdapat ruang solat utama yang bertiang yang digunakan sebagai tempat menunaikan solat berjemaah.Terdapat juga ruang solat tambahan yang mampu menampung kapasiti para jemaah yang ramai pada satu masa Didinding masjid ini terdapat kalimah-kalimah ALLAH dan juga ayat-ayat suci Al-quran.Pada masa yang sama,masjid ini juga berbentuk segiempat.Terdapat juga ruang solat bertingkat di masjid ini yang dapat menampung jumlah para jemaah yang ramai.Pintu masjid ini juga mempunyai ukiran tulisan khat yang cantik dab menambahkan keunikan masjid ini.
KEMUDAHAN
Kemudahan yang terdapat di masjid ini ialah stor yang dijadikan sebagai tempat menyimpan barang.Tandas,tempat wuduk lelaki dan perempuan juga disediakan di masjid ini.Tempat parking berbumbung turut disediakan di masjid ini hanya untuk motosikal dan kereta.Selain itu,terdapat juga tempat parking terbuka yang dapat memuatkan 5 buah kenderaan dalam satu masa.Terdapat juga pejabat yang digunakan sebagai tempat pengurusan masjid.Van jenazah juga disediakan di masjid ini yang merupakan salah satu kemudahan masjid ini.