MASJID MUKIM GETING

DAERAH PENGKALAN KUBUR, 16200 TUMPAT, KELANTAN.
KELANTAN
0307023
30/11/-0001

SEJARAH

BINAAN

Senibina masjid ini mempunyai satu menara dan satu kubah.Di dalam masjid ini terdapat ruang solat utama yang bertiang yang digunakan sebagai tempat menunaikan solat berjemaah.Terdapat juga ruang solat tambahan yang mampu menampung kapasiti para jemaah yang ramai pada satu masa dan diperbuat daripada batu marmar.Didinding masjid ini terdapat kalimah-kalimah ALLAH dan juga ayat-ayat suci al-Quran.Pada masa yang sama,masjid ini juga berbentuk segiempat.Terdapat juga ruang solat bertingkat di masjid ini yang dapat memuatkan para jemaah yang ramai.

KEMUDAHAN

Kemudahan yang terdapat di masjid ini ialah stor yang dijadikan sebagai tempat menyimpan barang.Tandas,tempat wuduk lelaki dan perempuan juga disediakan di masjid ini.Tempat parking berbumbung turut disediakan di masjid ini hanya untuk motosikal dan kereta.Selain itu,terdapat juga tempat parking terbuka yang dapat memuatkan 10 buah kenderaan dalam satu masa.Terdapat juga bilik imam di masjid ini sebagai kemudahan imam masjid ini.Pejabat juga di masjid ini yang digunakan untuk menguruskan urusan pentadbiran masjid.Masjid ini juga menyediakan bilik mesyuarat sebagai kemudahan masjid ini.

PETA