Masjid ini telah mengalami proses pembaikpulih pada tahun 2009 bagi ruang soat utamanya yang akan dinaiktarafkan dengan serta merta.Dana bagi proses ini telah menelan belanja sebanyak 250000ribu ringgit.Dana tersebut ialah hasil daripada sumbanagan ikhlas orang ramai.Pada masa yang sama juga masjid ini menjadi tumpuan para pelajar daripada Maktab Rendah Sains Mara(MRSM) yang berdekatan terutamanya pada solat jumaat.
BINAAN
Masjid ini mempunyai satu menara dan satu kubah.Di dalam masjid ini terdapat ruang solat utama yang bertiang merupakan separuh diperbuat daripada kayu dan separuh lagi diperbuat daripada simen. yang digunakan sebagai tempat menunaikan solat berjemaah.Terdapat juga ruang solat tambahan yang mampu menampung kapasiti para jemaah yang ramai pada satu masa Didinding masjid ini terdapat kalimah-kalimah ALLAH dan juga ayat-ayat suci Al-quran.Pada masa yang sama,masjid ini juga berbentuk segiempat.Struktur masjid in keseluruhannya diperbuat daripada simen.
KEMUDAHAN
Kemudahan yang terdapat di masjid ini ialah stor yang dijadikan sebagai tempat menyimpan barang.Tandas,tempat wuduk lelaki dan perempuan juga disediakan di masjid ini.Tempat parking berbumbung turut disediakan di masjid ini hanya untuk motosikal dan kereta.Selain itu,terdapat juga tempat parking terbuka yang dapat memuatkan 5 buah kenderaan dalam satu masa.Terdapat juga van jenazah yang menjadi salah satu kemudahan masjid ini.