MASJID MUKIM KETIL

DAERAH PENGKALAN KUBUR, 16200 TUMPAT, KELANTAN.
KELANTAN
0307011
30/11/-0001

SEJARAH

Masjid ini telah dibina di bawah rancangan pembangunan nagara dan luar bandar.Pada masa yang sama,masjid ini juga telah dirasmikan dengan sahnya oleh Tun Abdul Razak bin Datuk Husin merangkap timbalan perdana menteri Malaysia pada masa itu pada 8.9.1968.

BINAAN

Masjid ini mempunyai satu menara dan satu kubah.Di dalam masjid iini terdapat ruang solat utama yang bertiang yang digunakan sebagai tempat menunaikan solat berjemaah.Terdapat juga ruang solat tambahan yang mampu menampung kapasiti para jemaah yang ramai pada satu masa dan diperbuat daripada batu marmar.Didinding masjid ini terdapat kalimah-kalimah ALLAH dan juga ayat-ayat suci al-Quran.Pada masa yang sama,masjid ini juga berbentuk segiempat.Struktur masjid ini menggunakan simen sacara keseluruhannya.Terdapat juga dua aras solat di masjid ini.

KEMUDAHAN

Kemudahan yang terdapat di masjid ini ialah stor yang dijadikan sebagai tempat menyimpan barang.Tandas,tempat wuduk lelaki dan perempuan juga disediakan di masjid ini.Tempat parking berbumbung turut disediakan di masjid ini hanya untuk motosikal dan kereta.Selain itu,terdapat juga tempat parking terbuka yang dapat memuatkan 5 buah kenderaan dalam satu masa. Selain itu,terdapat juga meja rehat yang digunakan sebagai tempat berehat.Pada masa yang sama,terdapat juga sudut taman sebagai kemudahan masjid ini.

PETA