MASJID MUKIM ALOR PASIR

DAERAH BUKIT PANAU, 17500 TANAH MERAH, KELANTAN DARUL NAIM
KELANTAN
0306045
30/11/-0001

SEJARAH

Sejarah masjid ini bermula apabila Haji Abdullah bin Awang Besar mewakafkan tanah yang seluas satu ekar untuk didirikan sebuah masjid di atas tanah tersebut.Pada masa yang sama Datuk Mohamad bin Yakob iaitu selaku Menteri Pembangunan Luar Bandar pada masa itu memberikan sumbangan wang sejumlah 100 ribu ringgit sebagai wang pemulaan untuk membina masjid ini iaitu Masjid Alor Pasir.Tetapi wang tersebut masih tidak mencukupi untuk menghasilkan masjid ini.Oleh sebab itu,masjid ini masih memerlukan dana sebanyak 200 ribu ringgit sebagai kos membaik pulih masjid ini.Pada masa ini,masjid masih lagi dalam proses membaik pulih bagi menghasilkan sebuah masjid yang sempurna bagi kemudahan penduduk alor pasir khususnya.Yusuf Saad iaitu imam pertama masjid ini merupakan pengasas masjid atau juga perintis kapada masjid Alor Pasir.Imam kedua iaitu Zakaria bin Hassan merupakan salah satu orang penting dalam mencari dana untuk proses membaik pulih masjid ini.Kutipan derma orang ramai juga banyak membantu dalam mengumpul dana masjid ini khususnya kutipan derma pada sebelum solat jumaat.Proses membaik pulih ini masih lagi berjalan bagi melengkapkan lagi masjid ini dan masih sudah boleh digunakan sebagai tempat para jemaah menunaikan ibadah kepada Allah swt.

BINAAN

Masjid ini mempunyai satu menara dan tiga kubah.Di dalam masjid iini terdapat ruang solat utama yang bertiang yang digunakan sebagai tempat menunaikan solat berjemaah.Terdapat juga ruang solat tambahan yang mampu maenampung kapasiti para jemaah yang ramai pada satu masa.Masjid ini berbentuk segi empat.

KEMUDAHAN

Masjid ini mempunyai pelbagai kemudahan dan salah satunya ialah van jenazah yang digunakan sebagai alat pengangkutan jenazah.Di samping itu,masjid ini turut menyediakan kemudahan memandikan jenazah secara percuma.Tandas,tempat wuduk lelaki dan perempuan juga disediakan di masjid bagi menjamin kelesaan para jemaah.Stor sebagai tempat penyimpanan barang juga merupakan salah satu kemudahan masjid ini.Selain itu,bagi jemaah yang membawa kenderaan,tempat parking berbumbung juga disediakan dan tempat terbuka yang dapat memuatkan lebih daripada 20 buah kenderaan dalam satu masa.

PETA