MASJID MUKIM BLOK ULU KUSIAL

DAERAH KUSIAL, 17500 TANAH MERAH, KELANTAN DARUL NAIM
KELANTAN
0306043
30/11/-0001

SEJARAH

Pada asalnya tanah untuk tapak masjid blok ulu kusial ini telah diberikan oleh pihak kerajaan. Pembinaan awal masjid ini bermula pada sekitar tahun 70an. Struktur asal masjid ini adalah daripada kayu sepenuhnya. Pada pertengahan tahun 1995 masjid ini dipindahkan ke lokasi yang lain hanya berdekatan dengan lokasi awal masjid tersebut.Pagar masjid blok ulu kusial masih lagi dalam proses pengubahsuaian yang mana kos untuk pembinaan ini telah disumbangkan oleh Datuk Ikmal selaku ketua UMNO bahagian Tanah Merah yang berjumlah 20 ribu ringgit.

BINAAN

Binaan masjid ini berbentuk segiempat dan mempunyai satu kubah dan satu menara.Ruang solat utama yang bertiang dan masjid ini juga menyediakan ruang solat tambahan pada bahagian luar kawasan masjid ini.Didinding masjid ini terdapat kalimah-kalimah ALLAH dan juga ayat-ayat suci al-Quran.

KEMUDAHAN

Diantara kemudahan-kemudahan yang terdapat di masjid ini adalah stor,bilik imam,tempat berwuduk dan juga tandas bagi lelaki dan perempuan.Proses memandikan jenazah turut disediakan dan pihak masjid ini juga menyediakan parking berbumbung bagi motosikal dan basikal manakala parking terbuka untuk lebih 10 buah kenderaan dalam satu masa untuk keselesaan para jemaah.

PETA