DAERAH BUKIT PANAU,
17500 TANAH MERAH,
KELANTAN DARUL NAIM
KELANTAN
0306006
30/11/-0001
SEJARAH
Pada dulunya masjid ini ialah sebuah surau kayu yang dibina pada tahun 50an.Selepas daripada itu,pada tahun 60an surau ini telah diubahsuai menjadi masjid.Lebih kurang 25 tahun seleps itu iatu pada tahun 1987 masjid ini telah diubahsuai sepenuhnya untuk menjadi masjid yang lengkap.Tanah asal yang menjadi tapak ini telah diwakafkan oleh Tuan Haji Nawi iaitu imam pertama masjid ini.Pada tahun 90an masjid telah dirasmikan oleh DYMM Sultan Kelantan iaitu Sultan Ismail Petra Ibni Almarhum Sultan Yahya Petra.
BINAAN
Masjid ini mempunyai satu menara dan satu kubah.Di bahagian dalam masjid ini terdapat ruang solat bertiang yang dijadikan tempat menunaikan solat secara berjemaah.Masjid ini juga berbentuk segi empat.Lantai masjid ini manggunakan alas karpet.Binaan mimbar masjid ini menggunakan kayu sebagai bahan asasnya.
KEMUDAHAN
Masjid ini terdapat pelbagai kemudahan iaitu stor sebagai bilik barang-barang.Tandas,tempat wuduk lelaki dan perempuan juga disediakan di masjid bagi menjamin kelesaan para jemaah.Tempat parking terbuka juga turut disediakn di masjid ini yang mampu memuatkan lebih kurang 15 buah kenderaan pada satu masa.