Tanah tapak masjid ini telah diwakafkan oleh Majlis Agama Islam Kelantan.Dana permulaan masjid ini telah disumbangkan oleh kerajaan pusat sebanyak RM75,000 dan masjid ini telah diasaskan oleh Haji Abdul Aziz b. haji Yaakob.
BINAAN
Binaan masjid ini terdapat dua menara yang berkubah dan satu kubah.Terdapat juga ruang solat utama yang berlantaikan permaidani indah dan disediakan juga ruang solat tambahan di masjid ini.Selain itu,di dinding masjid ini terdapat ayat-ayat suci al-Quran yang terukir indah.Masjid ini juga berbentuk segiempat pada asas binaannya
KEMUDAHAN
Kemudahan yang terdapat di masjid ini ialah stor yang dijadikan sebagai tempat menyimpan barang.Tandas,tempat wuduk lelaki dan perempuan juga disediakan di masjid ini.Tempat parking berbumbung turut disediakan di masjid ini hanya untuk motosikal dan kereta.Selain itu,terdapat juga tempat parking terbuka yang dapat memuatkan 10 buah kenderaan dalam satu masa.