Pada asalnya masjid ini ialah sebuah surau.Tanah tapak masjid ini telah diwakafkan oleh orang perseorangan.Dana pembinaan masjid ini telah disumbangkan oleh kerajaan pusat sebanyak RM100,000.
BINAAN
Binaan masjid ini terdapat satu menara yang berkubah dan satu kubah.Terdapat juga ruang solat utama yang berlantaikan batu marmar dan disediakan juga ruang solat tambahan di masjid ini.Selain itu,di dinding masjid ini terdapat ayat-ayat suci al-Quran yang terukir indah.Masjid ini juga berbentuk segiempat pada asas binaannya
KEMUDAHAN
Kemudahan yang terdapat di masjid ini ialah stor yang dijadikan sebagai tempat menyimpan barang.Tandas,tempat wuduk lelaki dan perempuan juga disediakan di masjid ini.Tempat parking berbumbung turut disediakan di masjid ini hanya untuk motosikal dan kereta.Selain itu,terdapat juga tempat parking terbuka yang dapat memuatkan 10 buah kenderaan dalam satu masa.