MASJID MUKIM DALAM RHU

DAERAH SEMERAK, 16700 PASIR PUTEH, KELANTAN
KELANTAN
0305043
30/11/-0001

SEJARAH

Pada asalnya masjid ini ialah sebuah surau dan tanah tapak masjid ini ialah tanan kerajaan negeri.Dana masjid ini ialah daripada kerajaan dan sumbangan orang ramai.

BINAAN

Senibina masjid ini ialah terdapat satu menara berkubah yang berbentuk segiempat.Terdapat juga ruang solat utama yang berlantaikan permaidani dan ruang solat tambahan juga turut disediakan.Masjid ini juga berbentuk segiempat pada asas binaannya.Pada dinding masjid ini terdapat tulisan ayat-ayat suci al-Quran yang terukir indah.Stuktur keseluruhan masjid ini diperbuat daripada simen.

KEMUDAHAN

Tandas,tempat wuduk lelaki dan perempuan juga disediakan di masjid bagi menjamin kelesaan para jemaah.Stor sebagai tempat penyimpanan barang juga merupakan salah satu kemudahan masjid ini.Selain itu,bagi jemaah yang membawa kenderaan,tempat parking berbumbung juga disediakan dan tempat terbuka yanag dapat memuatkan lebih daripada 20 buah kenderaan dalam satu masa.

PETA