Masjid ini antara masjid lama yang masih terdapat di Pasir Putih, Kelantan. Bangunan tambahannya telah dirasmikan oleh Tun Haji Abdul Razak pada 8 Rejab 1395 Hijri bersamaan 17 Julai 1975 Masihi.
Masjid ini mendapat pengiktirafan sebagai masjid terbaik kategori Masjid Bandar sempena sambutan Majlis Sambutan Hijratul Rasul Peringkat Negeri Kelantan, tahun 1427 Hijri bersamaan 2006 Masihi.
BINAAN
Reka bentuk masjid ini berkonsepkan seni bina Moghul. Menaranya bersambung dengan bangunan masjid dan dilengkapi tangga di bahagian mihrab.Selain itu,Binaan masjid ini mempunyai satu menara berkubah dan satu kubah.Terdapat juga ruang solat utama dan ruang solat tambahan di bahagian dalam masjid ini.Masjid ini juga berbentuk segiempat pada asas binaannya.Ruang solat utama masjid ini berlantaikan permaidani indah.Terdapat juga ayat-ayat suci al-Quran di dinding ruang solat masjid ini.
KEMUDAHAN
Masjid ini mempunyai pelbagai kemudahan khususnya untuk orang ramai seperti tempat parking terbuka yang mampu memuatkan lebih 20 buah kenderaan pada satu masa.l.Tandas,tempat wuduk lelaki dan perempuan juga turut disediakan bagi kelesaan para jemaah.Selain itu,stor turut disertakan di masjid sebagai tempat penyimpanan barang-barang.