Tanah tapak masjid ini dimiliki sepenuhnya oleh PELCRA.Dana bagi proses pembinaan masjid ini dibiayai sepenuhnya oleh PELCRA.
BINAAN
Senibina masjid ini tidak mempunyai sebarang menara satu kubah.Terdapat juga ruang solat utama dan ruang solat tambahan di bahagian dalam masjid ini.Masjid ini juga berbentuk segiempat pada asas binaannya.Ruang solat utama masjid ini berlantaikan permaidani indah.Terdapat juga ayat-ayat suci al-Quran di dinding ruang solat masjid ini.Bangunan masjid ini juga ialah separuh kayu dan separuh lagi simen.
KEMUDAHAN
Masjid ini mempunyai pelbagai kemudahan khususnya untuk orang ramai seperti tempat parking terbuka yang mampu memuatkan lebih 10 buah kenderaan pada satu masa.l.Tandas,tempat wuduk lelaki dan perempuan juga turut disediakan bagi kelesaan para jemaah.Selain itu,stor turut disertakan di masjid sebagai tempat penyimpanan barang-barang.