DAERAH PADANG PAK AMAT,
16800 PASIR PUTEH,
KELANTAN.
KELANTAN
0305029
30/11/-0001
SEJARAH
Pada asalnya masjid ini merupakan sebuah surau dan tanah tapak masjid ini telah diwakafkan oleh Dato Che Min.Dana masjid ini telah disumbangkan oleh kerajaan pusat sebanyak RM1000,000
BINAAN
Senibina masjid ini ialah terdapat satu menara berkubah yang berbentuk segiempat.Terdapat juga ruang solat utama yang berlantaikan permaidani dan ruang solat tambahan juga turut disediakan.Masjid ini juga berbentuk segiempat pada asas binaannya.Pada dinding masjid ini terdapat tulisan ayat-ayat suci al-Quran yang terukir indah.Stuktur keseluruhan masjid ini diperbuat daripada simen.
KEMUDAHAN
Tandas,tempat wuduk lelaki dan perempuan juga disediakan di masjid bagi menjamin kelesaan para jemaah.Stor sebagai tempat penyimpanan barang juga merupakan salah satu kemudahan masjid ini.Selain itu,bagi jemaah yang membawa kenderaan,tempat parking berbumbung juga disediakan dan tempat terbuka yanag dapat memuatkan lebih daripada 15 buah kenderaan dalam satu masa.