MASJID MUKIM KG. LEMBAH

DAERAH SEMERAK, 16700 PASIR PUTEH, KELANTAN
KELANTAN
0305024
30/11/-0001

SEJARAH

Tanah masjid ini ialah tanah yang telah diwakafkan oleh seseorang.Pada asalnya masjid ini merupakan surau lama yang telah diubahsuai menjadi masjid.

BINAAN

Senibina masjid ini ialah terdapat satu menara berkubah yang berbentuk segiempat.Terdapat juga ruang solat utama yang berlantaikan permaidani dan ruang solat tambahan juga turut disediakan.Masjid ini juga berbentuk segiempat pada asas binaannya.Pada dinding masjid ini terdapat tulisan ayat-ayat suci al-Quran yang terukir indah.Stuktur keseluruhan masjid ini diperbuat daripada simen.Terdapat juga sisip angin di dinding masjid ini yang dapat melancarkan perudaraan masjid ini.

KEMUDAHAN

Tandas,tempat wuduk lelaki dan perempuan juga disediakan di masjid bagi menjamin kelesaan para jemaah.Stor sebagai tempat penyimpanan barang juga merupakan salah satu kemudahan masjid ini.Selain itu,bagi jemaah yang membawa kenderaan,tempat parking berbumbung juga disediakan dan tempat terbuka yanag dapat memuatkan lebih daripada 15 buah kenderaan dalam satu masa.

PETA