MASJID MUKIM BUKIT AWANG

DAERAH BUKIT AWANG, 16800 PASIR PUTEH, KELANTAN.
KELANTAN
0305006
30/11/-0001

SEJARAH

Tanah tapak masjid ini telah diwakafkan oleh orang perseorangan.Dana bagi proses pembinaan masjid ini telah disumbangkan oleh Tengku Razaleigh iaitu sebanyak RM100,000.Pada asalnya masjid ini merupakan sebuah surau dan pengasas masjid ini ialah Haji Mat b. Haji Abdullah.

BINAAN

Binaan masjid ini mempunyai dua menara berkubah dan satu kubah.Terdapat juga ruang solat utama dan ruang solat tambahan di bahagian dalam masjid ini.Masjid ini juga berbentuk segiempat pada asas binaannya.Ruang solat utama masjid ini berlantaikan permaidani indah.Terdapat juga ayat-ayat suci al-Quran di dinding ruang solat masjid ini.Terdapat juga sisip angin di dinding masjid ini.

KEMUDAHAN

Masjid ini mempunyai pelbagai kemudahan khususnya untuk orang ramai seperti tempat parking terbuka yang mampu memuatkan lebih 10 buah kenderaan pada satu masa.l.Tandas,tempat wuduk lelaki dan perempuan juga turut disediakan bagi kelesaan para jemaah.Selain itu,stor turut disertakan di masjid sebagai tempat penyimpanan barang-barang.

PETA