MASJID MUKIM BANGGOL SETOL

DAERAH BUKIT ABAL, 16800 PASIR PUTEH, KELANTAN.
KELANTAN
0305002
30/11/-0001

SEJARAH

Dana pembinaan masjid ini telah disumbangkan oleh kerajaan pusat sebanyak RM100,000 sebagai modal permulaan.Pada asalnya masjid ini merupakan sebuah surau kayu yang telah diubahsuaiakan menjadi sebuah masjid.

BINAAN

Binaan masjid ini terdapat satu menara yang berkubah dan satu kubah.Terdapat juga ruang solat utama yang berlantaikan batu marmar dan disediakan juga ruang solat tambahan di masjid ini.Selain itu,di dinding masjid ini terdapat ayat-ayat suci al-Quran yang terukir indah.Masjid ini juga berbentuk segiempat pada asas binaannya

KEMUDAHAN

Kemudahan yang terdapat di masjid ini ialah stor yang dijadikan sebagai tempat menyimpan barang.Tandas,tempat wuduk lelaki dan perempuan juga disediakan di masjid ini.Tempat parking berbumbung turut disediakan di masjid ini hanya untuk motosikal dan kereta.Selain itu,terdapat juga tempat parking terbuka yang dapat memuatkan 15 buah kenderaan dalam satu masa.

PETA