Senibina masjid ini mempunyai satu menara dan tiada kubah.Di dalam masjid ini terdapat ruang solat utama yang bertiang yang digunakan sebagai tempat menunaikan solat berjemaah.Terdapat juga ruang solat tambahan yang mampu menampung kapasiti para jemaah yang ramai pada satu masa dan diperbuat daripada batu marmar.Didinding masjid ini terdapat kalimah-kalimah ALLAH dan juga ayat-ayat suci al-Quran.Pada masa yang sama,masjid ini juga berbentuk segiempat.Struktur masjid ini menggunakan simen sacara keseluruhannya.Pada masa yang sama,bumbung masjid ini juga berbentuk piramid.
KEMUDAHAN
Kemudahan yang terdapat di masjid ini ialah stor yang dijadikan sebagai tempat menyimpan barang.Tandas,tempat wuduk lelaki dan perempuan juga disediakan di masjid ini.Tempat parking berbumbung turut disediakan di masjid ini hanya untuk motosikal dan kereta.Selain itu,terdapat juga tempat parking terbuka yang dapat memuatkan 5 buah kenderaan dalam satu masa. Masjid ini juga menyediakan pejabat bagi menguruskan urusan pentadbiran. Selain itu.terdapat bilik mensyuarat yang digunakan sebagai tempat perjumpaan ahli AJK masjid. Bilik imam dan bilal turut disediakan untuk sebagai tempat penginapan imam dan bilal.