Masjid ini telah dirasmikan oleh DYMM Sultan Ismail Petra ibni almarhum Sultan Yahya Petra pada hari jumaat,28.4.1972 bersamaan 14 rabiulawwal 1392.
BINAAN
Masjid ini mempunyai dua menara dan satu kubah.Di dalam masjid iini terdapat ruang solat utama yang digunakan sebagai tempat menunaikan solat berjemaah.Terdapat juga ruang solat tambahan yang mampu menampung kapasiti para jemaah yang ramai pada satu masa dan diperbuat daripada batu marmar.Didinding masjid ini terdapat kalimah-kalimah ALLAH dan juga ayat-ayat suci al-Quran.Pada masa yang sama,masjid ini juga berbentuk segiempat.Struktur masjid ini menggunakan simen sacara keseluruhannya.Dinding depan masjid ini diperbuat daripada batu marmar dan berbentuk bulat.
.
KEMUDAHAN
Kemudahan yang terdapat di masjid ini ialah stor yang dijadikan sebagai tempat menyimpan barang.Tandas,tempat wuduk lelaki dan perempuan juga disediakan di masjid ini.Tempat parking berbumbung turut disediakan di masjid ini hanya untuk motosikal dan kereta.Selain itu,terdapat juga tempat parking terbuka yang dapat memuatkan 10 buah kenderaan dalam satu masa.