Pada masa ini,masjid ini masih lagi dalam proses pengubahsuaian dan pembinaan bagi meluaskan lagi bahagian ruang solat utamanya.Ruang solat tersebut akan dinaik tarafkan kepada ruang solat bertingkat bagi mampu menampung kapasiti para jemaah yang ramai pada satu masa.Walau bagaimanapun masjid ini masih lagi mengumpul dana bagi proses pengubahsuaian tersebut dengan mengumpul derma daripada penduduk kampung.Proses pengubahsuaian tersebut dijalankan secara berperingkat-peringkat disebabkan dana masih lagi tidak mencukupi.
BINAAN
Binaan masjid ini masih lagi dalam keadaan separuh siap disebabkan proses pengubahsuaian masih lagi dijalankan.Walau bagaimanapun masjid ini terdapat juga ruang solat bertiang yang masih digunakan sebagai ruang solat utama untun solat fardhu lima waktu secara jemaah.Terdapat juga ruang solat tambahan di masjid ini yang masih dalam proses pembinaan.Pada masa yang sama,masjid ini mempunyai ruang solat bertingkat yang masih dalam proses pembinaan.Senibina keseluruhan masjid ini ialah menggunakan simen sebagai bahan asasnya.
KEMUDAHAN
Kemudahan yang terdapat di masjid ini ialah stor yang dijadikan sebagai tempat menyimpan barang.Tandas,tempat wuduk lelaki dan perempuan juga disediakan di masjid ini.Tempat parking berbumbung turut disediakan di masjid ini hanya untuk motosikal dan kereta.Selain itu,terdapat juga tempat parking terbuka yang dapat memuatkan 5 buah kenderaan dalam satu masa.