MASJID MUKIM KUBANG GENDANG

DAERAH CHETOK, 17000 PASIR MAS, KELANTAN.
KELANTAN
0304062
30/11/-0001

SEJARAH

Pada asalnya masjid ini merupakan sebuah surau kayu yang telah dinaiktarafkan kepada masjid yang sedia ada pada hari ini.Tanah tapak masjid ini merupakan tanah yang telah diwakafkan oleh haji Yusuf bin Awang Su iaitu bekas imam masjid tersebut.Pengasas masjid ini juga ialah saudara lebai Husin.Dana bagi proses pembinaan masjid ini ialah daripada dana kerajaan.Nama masjid ini telah diambil daripada nama imam pertama masjid ini iaitu Al-Hasanil.Para imam masjid ini telah diwarisi sejak 7 keturunan lagi yang bermula daripada imam surau yang asal.

BINAAN

Masjid ini mempunyai satu menara dan satu kubah.Di dalam masjid ini terdapat ruang solat utama yang bertiang yang digunakan sebagai tempat menunaikan solat berjemaah.Terdapat juga ruang solat tambahan yang mampu menampung kapasiti para jemaah yang ramai pada satu masa dan diperbuat daripada batu marmar.Didinding masjid ini terdapat kalimah-kalimah ALLAH dan juga ayat-ayat suci al-Quran.Pada masa yang sama,masjid ini juga berbentuk segiempat.Struktur masjid ini menggunakan simen sacara keseluruhannya.

KEMUDAHAN

Kemudahan yang terdapat di masjid ini ialah stor yang dijadikan sebagai tempat menyimpan barang.Tandas,tempat wuduk lelaki dan perempuan juga disediakan di masjid ini.Tempat parking berbumbung turut disediakan di masjid ini hanya untuk motosikal dan kereta.Selain itu,terdapat juga tempat parking terbuka yang dapat memuatkan 5 buah kenderaan dalam satu masa. Bilik imam dan bilal turut disediakan untuk sebagai tempat penginapan imam dan bilal.Van janazah juga disediakan di masjid ini sebagai kemudahan orang ramai.

PETA