Tanah tapak masjid ini merupakan tanah wakaf daripada penduduk kampung.Dana bagi kos pembinaan masjid ini ialah berjumlah sebanyak 280ribu ringgit yang diperolehi daripada sumbangan kerajaan persekutuan pada tahun 2006.Masjid ini telah dirasmikan oleh Dato’ Seri Najib bin Tun Abdul Razak iaitu timbalan perdana pada masa itu pada 1.2.2006.
BINAAN
Masjid ini mempunyai satu menara dan satu kubah.Di dalam masjid ini terdapat ruang solat utama yang bertiang yang digunakan sebagai tempat menunaikan solat berjemaah.Terdapat juga ruang solat tambahan yang mampu menampung kapasiti para jemaah yang ramai pada satu masa dan diperbuat daripada batu marmar.Didinding masjid ini terdapat kalimah-kalimah ALLAH dan juga ayat-ayat suci al-Quran.Pada masa yang sama,masjid ini juga berbentuk segiempat.Struktur masjid ini menggunakan simen sacara keseluruhannya.
KEMUDAHAN
Kemudahan yang terdapat di masjid ini ialah stor yang dijadikan sebagai tempat menyimpan barang.Tandas,tempat wuduk lelaki dan perempuan juga disediakan di masjid ini.Tempat parking berbumbung turut disediakan di masjid ini hanya untuk motosikal dan kereta.Selain itu,terdapat juga tempat parking terbuka yang dapat memuatkan 10 buah kenderaan dalam satu masa.Masjid ini juga menyediakan pejabat bagi menguruskan urusan pentadbiran.Van jenazah turut disediakan tatkala ada kematian.
.