Pada asalnya masjid ini merupakan sebuah masjid kayu pada sekitar tahun 60an.Tanah tapak masjid ini merupakan tanah wakaf daripada saudara Pok Ku.Pada tahun 1990 masjid ini telah diubahsuai untuk menjadi masjid yang diperbuat daripada simen.Kos bagi proses pengubahsuaian ini telah menelan belanja sebanyak 3juta ringgit.Dana tersebut diperolehi daripada sumbangan orang ramai dan juga penduduk kampung yang berhampiran.Proses pengubahsuaian tersebut dijalankan secara bergotong royong oleh para penduduk kampung ini.Proses tersebut mengambil masa 3 tahun untuk disiapkannya.Pada masa yang sama, masjid ini telah dinaiktarafkan untuk menjadi masjid mukim dan mendapat imam yang mendapat yang mempunyai kelayakan daripada MAIK.
BINAAN
Masjid ini mempunyai satu menara dan satu kubah besar..Di dalam masjid ini terdapat ruang solat utama yang bertiang yang digunakan sebagai tempat menunaikan solat berjemaah.Terdapat juga ruang solat tambahan yang mampu menampung kapasiti para jemaah yang ramai pada satu masa dan diperbuat daripada batu marmar.Didinding masjid ini terdapat kalimah-kalimah ALLAH dan juga ayat-ayat suci Al-quran.Pada masa yang sama,masjid ini juga berbentuk segiempat.Struktur masjid ini menggunakan simen sacara keseluruhannya.Mihrab masjid ini juga diperbuat daripada simen dan batu marmar.Pada masa yang sama juga,dinding depan masjid juga diperbuat daripada batu marmar.
KEMUDAHAN
Kemudahan yang terdapat di masjid ini ialah stor yang dijadikan sebagai tempat menyimpan barang.Tandas,tempat wuduk lelaki dan perempuan juga disediakan di masjid ini.Tempat parking berbumbung turut disediakan di masjid ini hanya untuk motosikal dan kereta.Selain itu,terdapat juga tempat parking terbuka yang dapat memuatkan 5 buah kenderaan dalam satu masa.
Masjid ini juga menyediakan pejabat bagi menguruskan urusan pentadbiran. Selain itu.terdapat bilik mensyuarat yang digunakan sebagai tempat perjumpaan ahli AJK masjid. Bilik imam turut disediakan untuk sebagai tempat penginapan imam.