MASJID MUKIM KAMPUNG REPEK

DAERAH GUAL PERIOK, 17070 PASIR MAS, KELANTAN
KELANTAN
0304024
30/11/-0001

SEJARAH

Tanah tapak masjid ini merupakan tanah wakaf daripada seorang hamba ALLAH iaitu penduduk asal kampung ini.Pada masa yang sama juga masjid ini merupakan surau yang telah dinaiktarafkan menjadi masjid yang sedia ada pada hari ini.

BINAAN

Masjid ini mempunyai satu menara dan tiada kubah.Di dalam masjid ini terdapat ruang solat utama yang bertiang yang digunakan sebagai tempat menunaikan solat berjemaah.Terdapat juga ruang solat tambahan yang mampu menampung kapasiti para jemaah ynag ramai pada satu masa dan diperbuat daripada batu marmar.Didinding masjid ini terdapat kalimah-kalimah ALLAH dan juga ayat-ayat suci al-Quran.Pada masa yang sama,masjid ini juga berbentuk segiempat.Struktur masjid ini menggunakan simen sacara keseluruhannya.Masjid ini juga tidak mempunyai sebarang pagar dan mimbar masjid ini juga mumpunyai ukiran yang cantik.

KEMUDAHAN

Kemudahan yang terdapat di masjid ini ialah stor yang dijadikan sebagai tempat menyimpan barang.Tandas,tempat wuduk lelaki dan perempuan juga disediakan di masjid ini.Tempat parking berbumbung turut disediakan di masjid ini hanya untuk motosikal dan kereta.Selain itu,terdapat juga tempat parking terbuka yang dapat memuatkan 10 buah kenderaan dalam satu masa.

PETA