MASJID MUKIM GUAL TOK DEH

DAERAH RANTAU PANJANG, 17200 PASIR MAS, KELANTAN.
KELANTAN
0304019
30/11/-0001

SEJARAH

BINAAN

Struktur masjid ini terdapat satu menara yang mempunyai `sisip angin’ yang dapat melancarkan ruang perudaraan masjid dan pada masa yang sama terdapat juga satu kubah pada bahagian atas masjid ini.Di bahagian dalam masjid ini terdapat ruang solat utama yang digunakan sebagai tempat menunaikan solat berjemaah.Terdapat juga ruang solat tambahan yang mampu maenampung kapasiti para jemaah ynag ramai pada satu masa. Didinding masjid ini terdapat kalimah-kalimah ALLAH dan juga ayat-ayat suci al-Quran.Pada masa yang sama,masjid ini juga berbentuk segiempat pada struktur asasnya..

KEMUDAHAN

Kemudahan yang terdapat di masjid ini ialah stor yang dijadikan sebagai tempat menyimpan barang.Tandas,tempat wuduk lelaki dan perempuan juga disediakan di masjid ini.Tempat parking berbumbung turut disediakan di masjid ini hanya untuk motosikal dan kereta.Selain itu,terdapat juga tempat parking terbuka yang dapat memuatkan 20 buah kenderaan dalam satu masa.Terdapat juga ruang berjalan kaki berbumbung yang menjadi salah satu kemudahan masjid ini.

PETA