MASJID MUKIM GUAL TINGGI

DAERAH RANTAU PANJANG, 17200 PASIR MAS, KELANTAN.
KELANTAN
0304018
30/11/-0001

SEJARAH

BINAAN

Senibina masjid ini mempunyai dua tingkat yang mana tingkat atas mempunyai pejabat masjid yang digunakan untuk menjalankan sebarang urusan pentadbiran masjid.Di bahagian tingkat bawah terdapat ruang solat utama yang digunakan sebagai tempat solat secara berjemaah.Terdapat juga ruang solat tambahan yang mampu menampung kapasiti para jemaah yang ramai pada satu masa.Stuktur asas masjid ini ialah berbentuk segiempat pada asas keseluruhan bentuknya.Walau bagaimanapu masjid ini tidak mempunyai sebarang pagar bagi bahagian luar masjid. Pada dinding masjid ini terdapat kalimah-kalimah ALLAH dan juga ayat-ayat suci al-Quran .

KEMUDAHAN

Kemudahan yang terdapat di masjid ini ialah stor yang dijadikan sebagai tempat menyimpan barang.Tandas,tempat wuduk lelaki dan perempuan juga disediakan di masjid ini.Tempat parking berbumbung turut disediakan di masjid ini hanya untuk motosikal dan kereta.Selain itu,terdapat juga tempat parking terbuka yang dapat memuatkan 10 buah kenderaan dalam satu masa.Di samping itu,terdapat juga pejabat di masjid ini yang menjalankan sebarang aktiviti pengurusan masjid.

PETA