MASJID MUKIM BUNUT SUSU

DAERAH BUNUT SUSU, 17000 PASIR MAS, KELANTAN.
KELANTAN
0304012
30/11/-0001

SEJARAH

BINAAN

Masjid ini mempunyai satu menara dan satu kubah.Selain itu,di dalam masjid ini juga terdapat ruang solat utama yang digunakan sebagai tempat menunaikan solat secara berjemaah.Terdapat juga ruang solat tambahan yang mampu menampung kapasiti para jemaah yang ramai pada satu masa dan berlantaikan daripada batu marmar.Didinding masjid ini terdapat kalimah-kalimah ALLAH dan juga ayat-ayat suci al-Quran yang tersegam indah.Pada masa yang sama,masjid ini juga berbentuk segiempat.Struktur masjid ini menggunakan simen sacara keseluruhannya.Selain itu,mimbar masjid ini juga diperbuat daripada batu marmar.

KEMUDAHAN

Kemudahan yang terdapat di masjid ini ialah stor yang dijadikan sebagai tempat menyimpan barang.Tandas,tempat wuduk lelaki dan perempuan juga disediakan di masjid ini.Tempat parking berbumbung turut disediakan di masjid ini hanya untuk motosikal dan kereta.Selain itu,terdapat juga tempat parking terbuka yang dapat memuatkan 5 buah kenderaan dalam satu masa. Bilik imam turut disediakan untuk sebagai tempat penginapan imam

PETA