Masjid ini masih lagi dalam proses pengubahsuaian yang telah berjalan dari tahun lepas lagi.Proses ini telah berjalan dari bulan 3,2011 dan dijangka akan disiapkan pada hujung tahun 2012.Kos pengubahsuaian tersebut untuk menaiktarafkan masjid ini untuk menjadi 2 tingkat dan pada masa yang sama juga kos tersebut menelan belanja sebanyak 1juta ringgit.Selain itu,tanah tapak asal masjid ini ialah tanah wakaf daripada penduduk kampung ini.
BINAAN
Kebanyakan binaan masjid ini berada dalam keadaan separuh siap kerana proses pengubahsuaian masih lagi dalam berjalan.Menara masjid ini juga masih lagi dalam proses pembinaan.Pada masa yang sama juga, masjid ini tidak mempunyai sebarang pagar.
.
KEMUDAHAN
Kemudahan yang terdapat di masjid ini ialah stor yang dijadikan sebagai tempat menyimpan barang.Tandas,tempat wuduk lelaki dan perempuan juga disediakan di masjid ini.Tempat parking berbumbung turut disediakan di masjid ini hanya untuk motosikal dan kereta.Selain itu,terdapat juga tempat parking terbuka yang dapat memuatkan 10 buah kenderaan dalam satu masa.