Sejarah masjid ini bermula apabila Ku Daud bin Ku Labu telah mewakafkan tanah seluas 0.5ekar untuk didirikan sebuah masjid.Sekitar tahun 80an masjid ini telah dibina.Pada asalnya lokasi masjid ini berada di tempat lain dan telah dipindahkan di kampung ini pada tahun 80an.
BINAAN
Masjid ini terdapat satu menara dan dua kubah.Dinding masjid ini mempunyai keunikannya yang tersendiri dimana terdapat lubang`sisip angin’ di bahagian dinding belakang ruang solat. yang dapat melancarkan ruang perudaraan masjid ini.Masjid ini berbentuk segi empat pada keseluruhannya.Terdapat juga tulisan ayat-ayat suci al-quran dan kalimah Allah pada dinding masjid ini.Pada bahagian dalam masjid ini terdapat ruang solat tidak bertiang yang merupakan ruang solat utama di masjid ini.
KEMUDAHAN
Kemudahan yang terdapat di masjid ini ialah stor yang dijadikan sebagai tempat menyimpan barang.Tandas,tempat wuduk lelaki dan perempuan juga disediakan di masjid ini.Tempat parking berbumbung turut disediakan di masjid ini hanya untuk motosikal dan kereta.Selain itu,terdapat juga tempat parking terbuka yang dapat memuatkan 5 buah kenderaan dalam satu masa.