MASJID MUKIM KERAWANG

DAERAH PULAI CHONDONG, 16600 MACHANG, KELANTAN.
KELANTAN
0303045
30/11/-0001

SEJARAH

Masjid ini telah dibina pada tahun 80an. Pembinaan masjid ini ialah untuk menggantikan masjid lama yang mana terletak bersebelahan dengan masjid ini.

BINAAN

Masjid ini terdapat dua menara dan tiga kubah yang berbentuk bujur. Dinding masjid ini mempunyai keunikannya yang tersendiri dimana terdapat lubang`sisip angin’ di bahagian dinding belakang ruang solat yang dapat melancarkan ruang pengudaraan masjid ini. Masjid ini berbentuk segi empat pada keseluruhannya.Terdapat juga tulisan ayat-ayat suci al-Quran dan kalimah Allah pada dinding masjid ini.Pada bahagian dalam masjid ini terdapat ruang solat bertiang yang merupakan ruang utama di masjid ini. Binaan masjid ini menggunakan simen pada keseluruhannya.

KEMUDAHAN

Kemudahan yang terdapat di masjid ini ialah stor yang dijadikan sebagai tempat menyimpan barang.Tandas,tempat wuduk lelaki dan perempuan juga disediakan di masjid ini.Tempat parking berbumbung turut disediakan di masjid ini hanya untuk motosikal dan kereta.Selain itu,terdapat juga tempat parking terbuka yang dapat memuatkan 5 buah kenderaan dalam satu masa.

PETA