MASJID MUKIM PANGKAL PETAI

18500 MACHANG, KELANTAN.
KELANTAN
0303043
30/11/-0001

SEJARAH

Masjid ini telah mengalami proses pembaikan am dan kerja-kerja mengecat masjid yang telah diuruskan oleh kontraktor daripada IK construction yang dimulakan pada 4.9.2006 dan telah disiapkan pada 29.9.2006. Proses ini bagi menaik tarafkan lagi masjid ini

BINAAN

Masjid ini terdapat satu kubah dan tiada menara.Dinding masjid ini mempunyai keunikannya yang tersendiri dimana terdapat lubang`sisip angin’ di bahagian dinding belakang ruang solat. yang dapat melancarkan ruang perudaraan masjid ini.Masjid ini berbentuk segi empat pada keseluruhannya.Terdapat juga tulisan ayat-ayat suci al-quran dan kalimah Allah pada dinding msjid ini.Pada bahagian dalam masjid ini terdapat ruang solat bertiang yang merupakan ruang utama di masjid ini. Struktur masjid ini masih lagi mengekalkan senibina lama.

KEMUDAHAN

Kemudahan yang terdapat di masjid ini ialah stor yang dijadikan sebagai tempat menyimpan barang.Tandas,tempat wuduk lelaki dan perempuan juga disediakan di masjid ini.Tempat parking berbumbung turut disediakan di masjid ini hanya untuk motosikal dan kereta.Selain itu,terdapat juga tempat parking terbuka yang dapat memuatkan 5 buah kenderaan dalam satu masa.

PETA