Masjid ini terdapat satu menara dan dua kubah.Dinding masjid ini mempunyai keunikannya yang tersendiri dimana terdapat lubang`sisip angin’ yang dapat melancarkan ruang perudaraan masjid ini.Masjid ini berbentuk segi empat pada keseluruhannya.Terdapat juga tulisan ayat-ayat suci al-quran dan kalimah Allah pada dinding msjid ini.Pada bahagian dalam masjid ini terdapat ruang solat bertiang yang merupakan ruang utama di masjid ini.
KEMUDAHAN
Masjid ini menyediakan pejabat bagi menguruskan urusan pentadbiran. Selain itu.terdapat bilik mensyuarat yang digunakan sebagai tempat perjumpaan ahli AJK masjid. .
Van jenazah turut disediakan tatkala ada kematian.Masjid ini turut menyediakan tempat parking berbumbung hanya istimewa untuk AJK masjid sahaja. Di samping itu terdapat tempat parking yang melebihi 10 kenderaan pada satu masa .Tandas,tempat wuduk lelaki dan perempuan juga disediakan di masjid.Tempat rehat turut disediakan bagi membolehkan para jemaah berehat selepas menunaikan solat.