Pada asalnya masjid ini adalah merupakan sebuah surau yang dibina pada tahun 60an. Pada tahun 1982, masjid ini telah diubahsuai bahagian strukturnya utamanya untuk dijadikan sebuah masjid yang tersergam indah ini. Tuan Haji Yusuf bin Semat iaitu penghulu kampung ini telah mewakafkan tanah seluas 0.5 ekar untuk dijadikan sebuah masjid. Imam pertama masjid ini ialah Haji Yaakob. Dana bagi pembinaan masjid ini telah diperoleh daripada pihak kerajaan.
BINAAN
Masjid ini mempunyai satu menara dan dua kubah.Di dalam masjid iini terdapat ruang solat utama yang bertiang yang digunakan sebagai tempat menunaikan solat berjemaah.Terdapat juga ruang solat tambahan yang mampu menampung kapasiti para jemaah ynag ramai pada satu masa.Masjid ini berbentuk segi empat. Didinding masjid ini terdapat kalimah-kalimah ALLAH dan juga ayat-ayat suci Al-Quran. Rekabentuk masjid ini adalah berbentuk segiempat.
Kini, bahagian depan masjid ini masih lagi dalam proses ubahsuai.
KEMUDAHAN
Kemudahan yang terdapat di masjid ini ialah stor yang dijadikan sebagai tempat menyimpan barang.Tandas,tempat wuduk lelaki dan perempuan juga disediakan di masjid ini.Tempat parking berbumbung turut disediakan di masjid ini hanya untuk motosikal dan kereta.Selain itu,terdapat juga tempat parking terbuka yang dapat memuatkan 5 buah kenderaan dalam satu masa.Salah satu kemudahan yang unik di masjid ini ialah kemudahan tandas VIP yang lebih menyerlahkan lagi keunikan masjid ini.