Masjid ini telah dibina pada tahun 2009.Masjid ini mempunyai keluasan yang besar dan dapat menampung para jemaah dari penduduk sekitar termasuk pelajar-pelajar UITM machang pada solat jumaat.Kos pembinaan masjid ini juga telah menelan belanja sebanyak RM 788,400. Proses pembinaan ini telah dijalankan oleh pemaju Mekar Mewah Construction.
BINAAN
Masjid ini mempunyai dua menara dan satu kubah besar yang berwarna biru dan putih bagi menyerlahkan lagi rekaan senibinanya.Terdapat juga ruang solat yang mempunyai tiang besar dan di tiang tersebut terdapat kipas.Masjid ini juga menggunakan cermin atau kaca sebagai dinding di bahagian atas masjid ini yang mana cahaya luar dapat memasuki ruang solat dan mencantikkan lagi rekaan senibinanya.Terdapat juga ruang solat tambahan yang dapat menampung kapasiti para jemaah yang ramai dalam satu masa.
.
KEMUDAHAN
Kemudahan yang terdapat di masjid ini ialah stor yang dijadikan sebagai tempat menyimpan barang.Tandas,tempat wuduk lelaki dan perempuan juga disediakan di masjid ini.Tempat parking berbumbung turut disediakan di masjid ini hanya untuk motosikal dan kereta.Selain itu,terdapat juga tempat parking terbuka yang dapat memuatkan 10 buah kenderaan dalam satu masa.