MASJID MUKIM PADANG KEMUNCHUP

DAERAH PANYIT, 18500 MACHANG, KELANTAN.
KELANTAN
0303028
30/11/-0001

SEJARAH

Masjid ini telah mengalami proses pengubahsuaian membaiki tandas dan jalan masuk ke masjid ini pada 17.8.2006.Proses pengubahsuaian tersebut telah siap pada12.10.2006 dan proses tersebut telah dijalankan oleh kontraktor NHE trading.

BINAAN

Masjid ini mempunyai satu menara dan dua kubah.Di dalam masjid ini terdapat ruang solat utama yang bertiang yang digunakan sebagai tempat menunaikan solat berjemaah.Terdapat juga ruang solat tambahan yang mampu menampung kapasiti para jemaah yang ramai pada satu masa. Masjid ini berbentuk segi empat Didinding masjid ini terdapat kalimah-kalimah ALLAH dan juga ayat-ayat suci Al-quran.

KEMUDAHAN

Kemudahan yang terdapat di masjid ini ialah stor yang dijadikan sebagai tempat menyimpan barang.Tandas,tempat wuduk lelaki dan perempuan juga disediakan di masjid ini.Tempat parking berbumbung turut disediakan hanya untuk motosikal dan kereta.Selain itu,terdapat juga tempat parking terbuka yang dapat memuatkan 5 buah kenderaan dalam satu masa.Terdapat juga `beduk’ di masjid ini untuk memberitahu tentang kematian seseorang.

PETA