Sejarah masjid ini bermula apabila emak saudara Tok Penggawa daerah ini telah mewakafkan tanah seluas satu ekar untuk dibina sebuah masjid. Masjid ini telah dirasmikan oleh YB Tengku Razaleigh Hamzah pada 6 Mac 1978. Masjid ini telah diubahsuai untuk menampung keperluan penduduk disini dan sehingga kini ianya masih belum siap sepenuhnya. Pihak pengurusan masjid sedang berusaha mengumpul dana untuk tujuan pengubahsuaian tersebut dan berkemungkinan besar ianya akan siap pada pertengahan tahun 2012.
BINAAN
Masjid ini mempunyai satu menara dan satu kubah.Di dalam masjid iini terdapat ruang solat utama yang bertiang yang digunakan sebagai tempat menunaikan solat berjemaah.Terdapat juga ruang solat tambahan yang mampu maenampung kapasiti para jemaah ynag ramai pada satu masa.Masjid ini berbentuk segi empat Didinding masjid ini terdapat kalimah-kalimah ALLAH dan juga ayat-ayat suci Al-Quran.
KEMUDAHAN
Kemudahan yang terdapat di masjid ini ialah stor yang dijadikan sebagai tempat menyimpan barang.Tandas,tempat wuduk lelaki dan perempuan juga disediakan di masjid ini.Tempat parking berbumbung turut disediakan di masjid ini hanya untuk motosikal dan kereta.Selain itu,terdapat juga tempat parking terbuka yang dapat memuatkan 5 buah kenderaan dalam satu masa. Kemudahan yang unik di masjid ini ialah `beduk’.Terdapat van jenazah yang menjadi salah satu kemudahan masjid ini.