MASJID MUKIM DEWAN

DAERAH LABOK, 18500 MACHANG, KELANTAN.
KELANTAN
0303023
30/11/-0001

SEJARAH

Masjid ini telah dibina pada tahun 1982. Proses untuk pembinaan dan pengubahsuaian dewan solat utama masjid ini masih lagi sedang berjalan.Proses ini menelan belanja sebanyak lebih daripada RM30,000.Tanah bagi tapak masjid ini telah diwakafkan oleh penduduk kampung dewan.

BINAAN

Masjid ini mempunyai satu menara dan dua kubah. Di dalam masjid iini terdapat ruang solat utama yang bertiang yang digunakan sebagai tempat menunaikan solat berjemaah.Terdapat juga ruang solat tambahan yang berada di luar dan mampu menampung kapasiti para jemaah ynag ramai pada satu masa.Masjid ini berbentuk segi empat. Pada dinding masjid ini terdapat kalimah-kalimah ALLAH dan juga ayat-ayat suci Al-Quran.

KEMUDAHAN

Kemudahan yang terdapat di masjid ini ialah stor yang dijadikan sebagai tempat menyimpan barang.Tandas,tempat wuduk lelaki dan perempuan juga disediakan di masjid ini.Tempat parking berbumbung turut disediakan di masjid ini hanya untuk motosikal dan kereta.Selain itu,terdapat juga tempat parking terbuka yang dapat memuatkan 10 buah kenderaan dalam satu masa.

PETA