MASJID MUKIM PAUH LIMA

DAERAH PULAI CHONDONG, 18500 MACHANG, KELANTAN.
KELANTAN
0303020
30/11/-0001

SEJARAH

Masjid ini dibina pada tahun 60an dengan bahan binaannya adalah menggunakan kayu sepenuhnya. Masjid ini telah diubahsuai pada tahun 70an dan pada 20 -9-1971 masjid ini telah dirasmikan oleh YB Tun Abdul Ghafar bin Baba yang pda masa itu memegang jawatan sebagai Menteri Pembangunan Negara dan Luar Bandar.

BINAAN

Masjid ini mempunyai satu menara dan satu kubah besar.Di dalam masjid iini terdapat ruang solat utama yang bertiang yang digunakan sebagai tempat menunaikan solat berjemaah.Terdapat juga ruang solat tambahan yang mampu menampung kapasiti para jemaah ynag ramai pada satu masa. Masjid ini berbentuk segi empat Didinding masjid ini terdapat kalimah-kalimah ALLAH dan juga ayat-ayat suci Al-Quran

KEMUDAHAN

Tandas,tempat wuduk lelaki dan perempuan juga disediakan di masjid bagi menjamin kelesaan para jemaah.Stor sebagai tempat penyimpanan barang juga merupakan salah satu kemudahan masjid ini.Selain itu,bagi jemaah yang membawa kenderaan,tempat parking berbumbung juga disediakan oleh pihak masjid .

PETA