Masjid ini dibina didalam kawasan sekolah Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Wataniah. Majlis perletakan batu asas masjid ini telah dilangsungkan pada tahun 1997 dan seterusnya pembinaan masjid telah bermula dan siap pada tahun 2000. Anggaran kos pembinaan masjid ini ialah RM1juta. Imam pertama masjid ini ialah Ustaz Baderudin iaitu salah seorang tenaga pengajar di sekolah ini.
BINAAN
Masjid ini terdapat satu menara dan dua kubah. Dinding masjid ini mempunyai keunikannya yang tersendiri dimana terdapat lubang`sisip angin’ di bahagian dinding belakang ruang solat bagi melancarkan ruang perudaraan masjid ini.Masjid ini berbentuk segi empat pada keseluruhannya.Terdapat juga tulisan ayat-ayat suci al-Quran dan kalimah Allah pada dinding masjid ini.
Masjid ini mempunyai dua aras ruang solat dimana ruang solat utamanya dibahagian bawah dan ruang atas dikhaskan untuk wanita.
KEMUDAHAN
Kemudahan yang terdapat di masjid ini ialah stor sebagai tempat menyimpan barang dan pejabat sebagai tempat pengurusan masjid. Tandas,tempat wuduk lelaki dan perempuan juga disediakan di masjid ini. Parking terbuka juga turut disediakan di masjid ini yang mampu memuatkan lebih daripada 5 buah kenderaan.Tempat meletakkan kenderaan berbumbung turut disediakan di masjid ini.