Masjid ini terdapat satu kubah dan tiada menara..Masjid ini berbentuk segi empat pada keseluruhannya.Terdapat juga tulisan ayat-ayat suci al-Quran dan kalimah Allah pada dinding masjid ini. Pada bahagian dalam masjid ini terdapat ruang solat bertiang yang mana tiangnya dihiasi dengan batu marmar. Struktur masjid ini diperbuat daripada simen tetapi masih mengekalkan senibina tradisional.Terdapat juga ruang solat tambahan yang dapat menampung kapasiti para jemaah yang ramai.
KEMUDAHAN
Kemudahan yang terdapat di masjid ini ialah stor yang dijadikan sebagai tempat menyimpan barang.Tandas, tempat wuduk lelaki dan perempuan juga disediakan di masjid ini.Tempat parking berbumbung turut disediakan di masjid ini hanya untuk motosikal dan kereta.Selain itu,terdapat juga tempat parking terbuka yang dapat memuatkan 5 buah kenderaan dalam satu masa.