Tapak tanah masjid ini yang seluas 1 ekar telah diwakafkan Haji Ghazali iaitu pengasas pondok dan merupakan ulamak termuka di Kelantan.Beliau juga merupakan ahli majlis syura di Kelantan. Masjid ini telah dirasmikan oleh DYMM Sultan Ismail Petra ibni almarhum sultan Yahya Petra pada 24.10.1989. Ianya telah diubahsuai dan diperbesarkan pada tahun 2004.
BINAAN
Masjid ini mempunyai satu menara dan dua kubah.Di dalam masjid iini terdapat ruang solat utama yang bertiang yang digunakan sebagai tempat menunaikan solat berjemaah dan juga tiangnya disaluti dengan batu marmar.Terdapat juga ruang solat tambahan yang mampu menampung kapasiti para jemaah ynag ramai pada satu masa.Masjid ini berbentuk segi empat Didinding masjid ini terdapat kalimah-kalimah ALLAH dan juga ayat-ayat suci Al-quran. Lantai masjid ini diperbuat daripada batu marmar.
KEMUDAHAN
Masjid ini menyediakan pejabat bagi menguruskan urusan pentadbiran. Selain itu, terdapat bilik mensyuarat yang digunakan sebagai tempat perjumpaan ahli AJK masjid. Bilik imam turut disediakan sebagai tempat berehat imam dan bilal.
Van jenazah turut disediakan tatkala ada kematian. Masjid ini turut menyediakan tempat parking berbumbung hanya istimewa untuk AJK masjid sahaja. Di samping itu terdapat tempat parking yang melebihi 20 kenderaan pada satu masa Terdapat juga perpustakaan di masjid ini bagi membolehkan para jemaah menghabiskan masa mereka dengan membaca di masjid ini.Salah satu kemudahan yang menarik di masjid ini ialah projektor yang digunakan semasa aktiviti ceramah agama di masjid ini.