Tanah tapak masjid ini telah diwakafkan oleh penduduk asal kampung ini iaitu Tok Imam Jusuh selaku imam dan pengasas masjid ini.Masjid ini juga telah dibina pada tahun 1995 dan pembinaannya telah dijalankan secara berperingkat-peringkat.
BINAAN
Masjid ini mempunyai satu menara bertingkat dan tiada kubah.Di dalam masjid ini terdapat ruang solat utama yang bertiang yang digunakan sebagai tempat menunaikan solat berjemaah.Terdapat juga ruang solat tambahan yang mampu menampung kapasiti para jemaah ynag ramai pada satu masa. Masjid ini berbentuk segi empat. Didinding masjid ini terdapat kalimah-kalimah ALLAH dan juga ayat-ayat suci Al-Quran. Masjid ini juga tidak mempunyai sebarang pagar.
KEMUDAHAN
Kemudahan yang terdapat di masjid ini ialah stor yang dijadikan sebagai tempat menyimpan barang.Tandas,tempat wuduk lelaki dan perempuan juga disediakan di masjid ini.Tempat parking berbumbung turut disediakan di masjid ini hanya untuk motosikal dan kereta.Selain itu, terdapat juga tempat parking terbuka yang dapat memuatkan 5 buah kenderaan dalam satu masa.