Masjid ini dibina diatas hasil usaha Dato' Hj Hasyim. Ianya dibina di atas tanah seluas 3 ekar yang diwakafkan kepada Majlis Agama Islam Kelantan (MAIK). Masjid ini adalah salah satu dari masjid yang terawal dibina di Pengkalan Chepa. Pada tanggal 1 Januari 1970, masjid ini telah sempurna dirasmikan oleh YAB Dato Musa Hitam yang pada ketika itu adalah Timbalan Perdana Menteri Malaysia.
BINAAN
Binaan masjid ini mempunyai satu menara yang berkubah besar di atasnya dan beberapa menara lain di setiap penjuru masjid. Di dalam masjid ini terdapat ruang solat utama yang tidak bertiang yang digunakan sebagai tempat menunaikan solat berjemaah.Terdapat juga ruang solat tambahan yang mampu menampung kapasiti para jemaah yang ramai pada satu masa dan diperbuat daripada batu marmar.Di dinding masjid ini terdapat kalimah-kalimah ALLAH dan juga ayat-ayat suci Al-quran. Malah dinding masjid ini berkaca dan bercermin. Struktur masjid ini menggunakan simen pada keseluruhannya. Dinding masjid ini mempunyai keunikannya yang tersendiri di mana terdapat lubang`sisip angin’ di bahagian dinding belakang ruang solat. yang dapat melancarkan ruang perudaraan masjid ini. Malah,untuk ke ruang solat para jemaah mesti menaiki tangga.
KEMUDAHAN
Kemudahan yang terdapat di masjid ini ialah stor yang dijadikan sebagai tempat menyimpan barang.Tandas,tempat wuduk lelaki dan perempuan juga disediakan di masjid ini.Tempat parking berbumbung turut disediakan di masjid ini hanya untuk motosikal dan kereta.Selain itu,terdapat juga tempat parking terbuka yang dapat memuatkan 5 buah kenderaan dalam satu masa.yang berada di luar masjid.Masjid ini juga mempunyai pejabat,bilik imam dan perpustakaan.Masjid ini mempunyai laluan yang berbumbung untuk ke tandas.