ASAL DI DIRIKAN OLEH ORANG KAMPUNG DENGAN MENGGUNAKAN KAYU.
BINAAN
Masjid ini tidak mempunyai menara tetapi mempunyai 1 kubah.Masjid ini masih mengekalkan senibina lama termasuk tiang dalam ruang solatnya daripada kayu dan juga dinding belakang ruang solat iaitu kayu dan cermin.Di dalam masjid ini terdapat ruang solat utama yang bertiang yang digunakan sebagai tempat menunaikan solat berjemaah.Terdapat juga ruang solat tambahan yang mampu menampung kapasiti para jemaah yang ramai pada satu masa dan diperbuat daripada batu marmar.Didinding masjid ini terdapat kalimah-kalimah ALLAH dan juga ayat-ayat suci Al-quran.Pada masa yang sama,masjid ini juga berbentuk segiempat.Struktur masjid ini menggunakan simen sacara keseluruhannya.
KEMUDAHAN
Kemudahan yang terdapat di masjid ini ialah stor yang dijadikan sebagai tempat menyimpan barang.Tandas,tempat wuduk lelaki dan perempuan juga disediakan di masjid ini.Tempat parking berbumbung turut disediakan di masjid ini hanya untuk motosikal dan kereta.Selain itu,terdapat juga tempat parking terbuka yang dapat memuatkan 15 buah kenderaan dalam satu masa.yangb berada di luar masjid.